Taipan Malam : Zoom R12

Aku berhajat untuk memiliki alatan perakam trek-pelbagai (multi-track) ini, walaupun sudah ada perisian rakaman canggih (DAW) di komputer iMac ku. Aku memakai perisian terkini Studio One. Kenapa? Aku pun tak tahu. Mungkin kerana aku bermula rakaman 20 tahun lalu menggunakan Tascam 4 trek (guna kaset), dan selepas itu Zoom MRS8 (8 trek), sebelum Rafikonsep memperkenalkan… Continue reading

Perancangan 2023

Aku tak tahu kenapa, aku tak suka menyusun aktiviti kemas dalam jadual ; aku lebih suka jika ia berselerak sana-sini, sepertimana meja ku. Jika kita tulis aktiviti terlalu kemas dalam jadual, membuatkan aku keras dan kaku untuk mengubahnya kelak. Aku lebih suka tulis dalam bentuk esei sebegini. Rumah Subang Perdana Akan kita bina halaman besar… Continue reading

YouTube Premium

Tergerak hati juga nak cuba, kerana tak tahan bosan dengan iklan di permulaan video (ada juga kekadang di tengah). Boleh cuba sebulan percuma dulu, jika ok harganya RM17.90 sebulan (ataupun RM26.90 untuk 6 sefamili). Boleh lah, tak mahal sangat. Tapi memang best bro, takde iklan. Sangat berguna jika kita jenis yang rajin tonton video Youtube…. Continue reading

Mengimbau Kenangan SajakiriVokal

Aku sekarang sedang mengimbau kenangan manis penganjuran SajakiriVokal, dengan memainkan senarai video ini ; Setiap hari, aku dengarkan sehingga 5 video, insyallah dalam beberapa minggu boleh selesai kesemua 250 video. Sedikit Latar Belakang SajakiriVokal Untuk siapa yang tidak tahu, sepanjang 2016 – 2020 saya ada menganjurkan pertandingan nyanyian secara online di laman web sajakiri.com (kini… Continue reading

Instrumen Muzik (Khayalan) Pertama

Sesudah memasuki alam remaja pada awal darjah 6 (1991), aku selalu bermimpikan berkebolehan main gitar. Aku pernah juga mengambil sepapan kayu [100 cm × 10cm] dari papan katil kayu ku, aku lukiskan 6 tali. Dan letakkan ‘straw” sebagai tremolo. Ketika ini aku selalu jadikan gaya Joe Wings. Ini sebagai rujukan: Youtube AJL 1989 :