Mengimbau Kenangan SajakiriVokal

Aku sekarang sedang mengimbau kenangan manis penganjuran SajakiriVokal, dengan memainkan senarai video ini ;

Setiap hari, aku dengarkan sehingga 5 video, insyallah dalam beberapa minggu boleh selesai kesemua 250 video.

Sedikit Latar Belakang SajakiriVokal

Untuk siapa yang tidak tahu, sepanjang 2016 – 2020 saya ada menganjurkan pertandingan nyanyian secara online di laman web sajakiri.com (kini sudah lenyap).

Seramai 5000 pendaftar, dan ratusan peserta dan komuniti. Dan ada beberapa lagu dihadiahkan sebagai single.

Ini semua tamat bila PKP 2020 bermula. Lagipun penyertaan semakin suram pun setelah itu.

Kami juga menganjurkan beberapa kali final live, pada SajakiriVokal Musim 4, 5 dan 6 sahaja.

Insyallah saya akan ceritakan lagi kenangan pahit manis dalam artikel lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *