YouTube Premium

Tergerak hati juga nak cuba, kerana tak tahan bosan dengan iklan di permulaan video (ada juga kekadang di tengah).

Boleh cuba sebulan percuma dulu, jika ok harganya RM17.90 sebulan (ataupun RM26.90 untuk 6 sefamili). Boleh lah, tak mahal sangat.

Tapi memang best bro, takde iklan. Sangat berguna jika kita jenis yang rajin tonton video Youtube.

Kelebihan lain (ada yang tak disangka) ;

  1. Boleh dapat YouTube Music, iaitu aplikasi muzik seperti Spotify.
  2. Boleh guna untuk pelbagai akaun, tapi di bawah email yang sama. Contohnya, email aku ada 3 profil ; Sajakiri, Cikgu ZZ dan Zainal Zulia.
  3. Di fon / tablet, boleh teruskan tonton / dengar video walaupun dah tutup, ataupun nak pakai aplikasi lain. Contoh boleh berWhatsapp sambil tonton video, ataupun teruskan dengar walaupun fon telah ditutup.
  4. Boleh muat-turun video, dan tonton ketika off-line.
  5. TIADA IKLAN! — ini saja pun dah cukup buat aku bahagia.

Pastikan anda beli Premium dari komputer (bukan gajet iOS), kerana jika gajet iOS, harganya lebih mahal kerana ada tambahan cukai Apple 30%.

Jika nak jimat, cari lagi 5 orang, sorang bayar RM4.48 sebulan je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *