Perancangan 2023

Aku tak tahu kenapa, aku tak suka menyusun aktiviti kemas dalam jadual ; aku lebih suka jika ia berselerak sana-sini, sepertimana meja ku.

Jika kita tulis aktiviti terlalu kemas dalam jadual, membuatkan aku keras dan kaku untuk mengubahnya kelak.

Aku lebih suka tulis dalam bentuk esei sebegini.

Rumah Subang Perdana

Akan kita bina halaman besar dan pagar baru seawal Januari, supaya kita sendiri sempat gunakannya hampir setahun. Pada masa yang sama, kita juga sedang tunggu Alza terbaru.

Rancang untuk jual pada 1 Disember, kerana i) kita sudah pun berpindah ke Ipoh ketika itu, tak kisah rumah sudah siap ataupun belum (jika belum, kita akan sewa dulu), ii) memaksimum nilai hartanah, kerana makin lama kita tunggu, aku berpendapat rumah ini akan naik harga lebih tinggi, dan iii) juga memaksimumkan tunai di tangan (tunai syarikat), dimana kita perlukan sementara tunggu jualan rumah ini.

Rumah IXora

Kita akan buat pengubahsuaian minimum untuk mengawal tunai juga. Jadi kita akan buat secara berperingkat selama 5 tahun katakan. Apapun pengubahsuaian pertama ini harus meliputi perkara asas seperti lantai, ruang tamu dan dapur.

Akademi ZZ

Sesi baru akan bermula pada 27 Februari, dan ada beberapa kelas tambahan untuk pelajar SPM.

Fizik akan dihentikan untuk sesi baru ini. Kita fokus sepenuhnya pada Matematik dan AddMath.

Penggunaan ZOOM Webinar juga, bertujuan untuk sembunyikan bilangan pelajar (kerana ada beberapa mereka terganggu), dan admin tidak perlu lagi membuka kelas (hanya perlu mengira bilangan pelajar setelah 15 minit kelas berlalu). Bukan itu saja, kita juga TIADAKAN lagi kelas bertindih, sekaligus memudahkan lagi tutor cari pengganti jika tak dapat kendalikan kelas.

Liga iklan FB juga akan dimulakan, dimana kita akan gunakan ‘Custom Audience’ dan ‘Lookalike Audience’, dimana benihnya adalah klien sebenar kami. Kreatif baru juga akan dibina setiap 2 minggu (samada video, gambar atau karusel).

Kita akan lakukan ini sehingga mencapai 500 pelajar berbayar dalam satu2 masa. Dan selepas itu baru kita fokus pada penjenamaan seperti servis SEO dan video YouTube.

Sajakiri Music

Kita akan terus berkarya, walaupun tanpa pendengar. Setakat ini tiada rancangan konkrit lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *