Perlukah Aku Kembali ke Pangkuan ACCA?

Aku lulus peperiksaan ACCA pada tahun 2002 di Kolej Accountancy & Busines College di Dublin, negara Ireland.

Aku kembali ke KL untuk bekerja dengan firma audit besar KPMG.

Jika hanya lulus peperiksaan, kita ini berstatus ‘ACCA Affiliate’.

Jika kita cukup 3 tahun minimum bekerja di firma yang relevan (contoh audit), dan di bawah penyelia berkelayakan (akauntan bertauliah), kita akan dinaiktaraf menjadi ‘ACCA membership’. 

Malangnya , aku tidak sempat menaiktaraf  ke peringkat ini kerana berhenti kerja sebagai juruaudit selepas setahun setengah. 

Atas alasan kerja ini tidak kena dengan jiwa . 

Selepas beberapa tika selepas itu (mungkin setahun), status ACCA Affiliate juga digugurkan kerana aku berhenti membayar yuran tahunan. 

20 tahun Selepas Itu 

Alhamdulillah, kini aku berpeluang untuk ‘reinstate’ iaitu kembali ke status ACCA Affiliate, setelah menghubungi pihak ACCA di UK ; nasib baik rekod ku masih ada , dan TAK PERLU AMBIL KERTAS UJIAN BALIK! 

Aku hanya perlu bayar sedikit yuran denda dan tahunan, untuk kembali meraih status ACCA Affiliate. 

Aku juga bertemu kembali sahabat lama, Salihin yang bekerja di ACCA Council , berpengkalan di KL ini. 

Beliau bersedia untuk menjadi penyelia aku . 

Di  bawah  penyeliaan  Salihin  juga, aku boleh meraih  status  ‘ACCA Membership’ dengan hanya  bekerja akauntan  (di syarikat  sendiri ) hanya 2 tahun (bukan 3 tahun seperti sebelum ini)!

Soalan Sebenar : perlukah aku kembali?  

Aku tak pasti. Kerana  itu  aku  mahu  berbincang di sini.

Daripada pendapat kawan-kawan  yang  masih bekerja dalam profesion ini, status ACCA ini sesuai jika kita masih dalam pasaran profesion ini.

Bermaksud, ACCA merupakan lambang prestij untuk akauntan untuk para majikan (atau pesaingnya) menilai tahap profesional mereka ini.  

Dengan erti kata lain ; jika ada ACCA Membership, lebih tinggi darjat mereka, dan semestinya lebih lumayan gaji yang boleh dipinta.

Ini masalah pertama aku – aku bukan dalam pasaran profesion ini. Aku tidak cari makan sebagai akauntan. Tidak relevan untuk aku.

Firma audit dan perakaunan?

Ini juga diperlukan, jika ada cita-cita buka firma akauntan sendiri (mak aku pun cadangkan ini).

Haha, masalahnya ini bidang yang aku tak minat, tak kena dengan jiwa  (ingat tak kenapa aku berhenti dulu?)

Aku hanya berminat untuk buat akaun syarikat sendiri (kira duit sendiri hehe), dan aku bersyukur atas pengetahuan ini, aku dapat membina sistem akaun yang tersusun.

Dilema Aku  

Secara jujurnya, aku tak perlukan status ACCA untuk membantu bisnes aku.

Bisnes aku ini bisnes SME saja ; transaksi ringkas, malahan ada juruaudit yang akan periksa juga.

Untuk sekadar mana? Aku sukakan idea poyo ini juga, tapi alasan ini semata tidak kuat. 

Ada sedikit ketidakpuasan aku ; tidak habiskan apa yang aku mulakan dulu.

Ini alasan yang baik juga , tapi masih tidak kuat.

Untuk tujuan pembelajaran? Aku suka idea ini, tapi masih tidak kuat kerana ia tidak relevan dengan bisnes aku.

Tapi, mana aku tahu? Mungkin aku salah. Mungkin aku akan temui idea baru, kenalan baru, atau peluang baru yang aku tak pernah terfikirkan pun. 

Yuran tahunan pun dibayar oleh syarikat.

Hmm. Ini alasan kuat sedikit bagi aku : perasaan ingin tahu . 

“Curiosity can kill a cat’.

Adakah aku akan kembali?

2 Comments Perlukah Aku Kembali ke Pangkuan ACCA?

  1. Nawar

    Perlu reinstate untuk Profile name. Ibarat macam kita dapat Datukship, kita tanya, perlu ke aku claim & letak title Datuk sebelum nama aku.

    Soalan aku, mengapa tiba-tiba kau hubungi pihak ACCA di UK? Jika tidak, tak adalah dilema ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *